Resepi : Spaghetti Bolognese Prego Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua, dari dulu aku dok fikir sedap ke spageti ni, kenapa semua orang suka makan ? aku tak taw pun, dan aku pun tak pernah makan. Sampai satu hari, ayah aku tengok iklan chef riz anak chef wan tu, lepas tu ayah aku kata " lepas ni kita try buat spagetti " hehe 

Sampai ke tesco kitorang cari spageti dgn prego, tapi tak jumpa-jumpa, haha susah bebenor nak jumpa. Dan sabtu malam 28/6 baru la dapat beli, tu pun nasib je jumpa dkt giant.

Dan semalam baru sempat nak masak, tapi mak aku yang masak, aku tukang kacau je. =) Disini aku cuma nak kongsikan resepi, dan resepi ni bukan hak milik aku punya, iaitu dari blogger hairul .


Bahan-bahanya ;
1 packet spaghetti
1 tin sos prego 300 ml
10 biji cendawan butang
1/2 packet ayam/ daging kisar
optional carrot, cili ( klau nk pedas ) , sayuran

cara-caranya :
1) Tumis ayam/daging hingga masak sedikit
2) Masukkan cendawan
3) Masukkan sos spageti prego
4) Masukkan carrot, cili dan sayur ( klau suka )
5) Biar sehingga menggelegak.Tutup api dan tuang ke ats spageti 
yg telah direbus td.
6) Tabur daun selasih/ daun sup ( klau suka )

 >> selamat mencuba <<

Selepas aku cuba makan, jujur aku tak berapa nak suka dgn sosnya, tak taw la aku rasa sos prego masam kot. Tapi macam mana org lain bleh makan. Terpaksa lepas ni try buat sos sendiri. senang hihi

Okey la selamat mencuba ye resepi diatas. selamat berbuka ^_^





14 comments:

sitirohaida said...

memang senang nak buat ni...tapi saya suka carbonara...

Anonymous said...

samalah..saya pon tak suka sangat dgn sos nyee...huhuh

Unknown said...

biasa saya buat tak guna prego pon buat sos sendiri..prego agak mahal..hihi

ecah khalili said...

ecah suka sangat2 bolognese..carbonara pon..tapi lebih suka bolognese sebab msam2 sikit..

Unknown said...

@kak aida- tak prnah rsa lg carbonara..

@aisyah - kan sos dia msam skit

@shahida- okey jgak tu buat sndiri, jimat skit

@ecah khalili- okey la klu kena dgn tekak kita, lpas ni ika kena cuba carbonara ni. hihi

Akupenghibur.com said...

wahh pandai buat.. kalau acik sosnya suka buat sendiri... tak guna prego ^_^

Unknown said...

Salam..
Selamat berbuka..
Jemput join GA saya..
http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/06/giveaway-puasa-rm50.html

Unknown said...

sedap tu..

Jari Manis said...

Klau akak Jm guna prego je mudah dan senang tp x letak carrot letak baby tomato

Blog Santai said...

Favorite kita masa students ni..main menu kita orang..senangkan

KHALID said...

Nmapak menarik dan sedap. dh masuk list utk dicuba hehe

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)


Unknown said...

husna tak berapa suka sgt spagetti, kalau adik bradik dya suka laa..hehehehe..

Azhafizah MN said...

paling mudah nak sediakan :)

noryn said...

X nk rasa masam prego tu kena tambahkan sos cili. barula rasa dia seimbang dan sedap. selamat mencuba.

Tonton Awak Suka Saya Tak 2017 Full Episod

  Tajuk : Awak Suka Saya Tak Mula Tayangan : 25 September 2017 Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10.00 mlm Siaran : Astro Ria 104 ...